Monday 20 June 2011

ASAM SERINGGIT BERHARGA RM10

Assalamualaikum

huh agk lame aku x meng'update' blog ni.. pemalas kan aku nih.. hehe.. yelahhh.. mana tak nya.. busy memanjang.. kalau tak busy pun buat2 busy jugak..

kelmarin petang aku nk keluar pegi bandar kejap sebab ade hal sikit.. tetiba ade mamat nih dari jauh aku tgk dia jalan huh agak stylo jugak.. dengan barang2 jajan n asam2 sangkut kat kiri kanan tangan dia.. dalam hati rajin dia ni meniaga cari rezeki.. umurnya atas aku ckit dalam 20 lbih..

aku start je motor nak keluar ni dia dah bg salam...
'assalamualaikumm bang'.. aku jawab lah salam dia kan.. wslm..

'mak ade??'  aku cakap xde.. keluar.. mmg betol lah mak aku keluar.. bukan niat untuk menipu.. tp kekadang mak suruh cakap jgk yang dia takde.. tu kalau mak malas nak melayan lah... lepastu kadang2 aku keluar aku cakap balik mak takde.. hehe dah mak suruh ckp mcm gitu kan.. ikut je lahh..

'abah ade??' owhh abah kt belakang tengah berkebun.. jawab aku..

'owh ok2 takpelah kalau gitu' dia pown angkt barang dia dan terus nak blah..

'eh bang2 jap' aku panggil dia.. sebab aku nk tolong dia punya pasai aku ingt nk beli asam seringgit je kan..

dia dtg balik kt aku then letak barang dia kt bawah balik.. pastu dia promote lah barang dia macam2.. ade gula2, ade minyak urut, asam2, ubat gatal, keropok ikan.. aduhh pening mana satu nih aku nk amek.. aku nk amek yg seringgit je.. ok aku amek ah asam kan.. lepastu keluarkan wallet nk hulur seringgit boleh pulak tu dia amek keropok ikan 3 bungkus masok dalam bakol motor aku..

amboiii mentang2 hang tgk dalam wallet aku ade not RM50 ade 3 keping hang ingt aku bnyk duit.. padahal duit abg aku tu nk bayarkan dia punya bil..

'ok bang takpe abg saya bg 4 bungkus RM10' dia amek 1 bungkus lagi masok dalam bakol moto aku.. ceh pandai tu dia mengayat. padahal 4 rm10 pun mahal lg sebab keropok tu isinya ciput sangat.. patutnya bagilah 6 rm10.. baru puas hati ckit. lpastu aku ckp kat dia xpe ah saya nak beli asam seringgit je kan.. aku amek balik keropok tu masok balik dalam plastik dia.. lpastu dia amek balik kopok tu masok balik dalam bakol moto aku.. aduhh agk kelakar jgk la.. xtau dlm hati ni sabarr je..

2   3 kali jgk aku masokkan kopok tu dalam plastik dia.. macam drama dah.. last2 malas nk layan sebab nak cepat aku beli je lahh.. huh terkena jgk aku.. niat dalam hati nk tolong dia.. ingtkan nk beli asam seringgit je last2 dipaksa beli kopok ikan RM10.. aduhhh.. ayah aku cakap tulah baik sangat.. habis kena bebel dengan dia je... buat baik salah.. emm xpelah.. tolong2.. sekiann...

~boleh pulak tu dia offer ubat tahan lama sambil menunjukkan jarinya yang tegak.

Saturday 18 June 2011

SIKAP WANITA YANG DISENANGI LELAKI


Isteri, suri hati dan penyeri hidup suami. Tapi sayang, kilauan seri itu dibiarkan kelam apabila usia perkahwinan melanjut dalam. Mari kita selusuri sikap wanita yang disenangi suami agar ikatan yang terjalin mekar mewangi.
Sabda Nabi SAW, "Tiga daripada kebahagiaan: Wanita yang apabila engkau melihatnya, ia mengkagumkan engkau, apabila engkau tiada bersamanya dia menjaga dirinya dan harta engkau."

(Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, dinilai hasan oleh al-Albani)
01.Keibuan
Lelaki terpikat pada wanita yang bersikap keibuan, lemah-lembut, mengambil berat dan penyayang. Wajah keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedangstress, cemas lagi gelisah dan berasa senang hati ketika mahu bermanja. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing dan jangan ditunggu sehingga beranak baru mahu menyerlahkan sikap keibuan itu.
02.Keanak-anakkan
Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Awas, sifat keanak-anakkan yang melampau mampu menjelakkan hati.
03.Penuh pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin daripada perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya, ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh melulu sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.
04.Menghargai
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita yang disenangi lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut; lelaki pula suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan daripada wanita membuat lelaki berasa bangga.
05.Menjaga penampilan
Wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik rata-rata merupakan idaman si suami. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan mudah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yang menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau sudah beranak tiga?
06.Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.
07.Pandai bergaul dan menyesuaikan diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah diajak ke mana saja dan tidak kekok sama ada di bandar atau di kampung.
08.Menghormati diri sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yang baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yang dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.
09.Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yang susah dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah dan memikat.
-SUMBER: www.iluvislam.com

Wednesday 15 June 2011

KONTRAKTOR TERNAK UDANG HARIMAU

Assalamualaikum semua..  ni ade kisah pasal seorang kontraktor pun minat menternak udang harimau.. anda?? ternak ape pulak.hehe.. jom mari kita baca kisah usahawan ini yg diambil dari www.utusan.com.my.

BERMULA hanya sebagai kontraktor binaan, Lim Ah Cham, 50-an, kini bangga bergelar usahawan ternakan udang harimau yang berjaya di Sabah.

Anak kelahiran Perak itu tidak segan silu berkongsi maklumat dan pengalamannya mengusahakan ternakan udang harimau yang semakin memberangsangkan.
Jika di Semenanjung, jumlah penternak udang harimau kini dilihat semakin berkurangan ekoran pelbagai masalah yang dihadapi berkaitan kawasan yang sesuai.

Malah, boleh dikatakan hampir tiada pengusaha yang menternak udang harimau kini berikutan mereka telah beralih kepada ternakan lain yang rata-rata lebih mudah untuk diternak.

Menurut Ah Cham, minat yang mendalam menyebabkan beliau mengambil keputusan nekad terjun ke bidang akuakultur biar pun tidak memiliki pengalaman yang mendalam sebagai seorang penternak udang.
''Pekerjaan asal saya adalah kontraktor, jadi saya banyak melakukan kerja-kerja di lapangan sebelum saya temui kawasan ternakan sekarang ini.

"Di Sabah, airnya lebih cantik berbanding kawasan di Semenanjung sekali gus menjadikannya kawasan yang amat sesuai untuk ternakan udang harimau," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui sempena lawatan media Jabatan Perikanan bersama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani , Datuk Seri Noh Omar ke Tawau, Sabah baru-baru ini. Turut hadir Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Ahamad Shabki Mahmood

Ah Chan yang mengusahakan ternakan akuakultur tersebut menerusi syarikat Pegagau Food Products Sdn. Bhd. ditubuhkan pada tahun 2000 dan secara rasminya pada 21 Jun 2002 dan kini memiliki kilang pemproses udang terbesar di Sabah.

Beliau yang juga merupakan Pengarah Urusan syariat terbabit hanya memiliki 10 buah kolam sahaja semasa awal penglibatan dalam bidang penternakan udang harimau tersebut.
Kini ladang ternakan udangnya berkembang kepada 500 buah kolam di sekitar Semporna, Sabah yang membolehkan hasil dituai saban hari.

Namun, menurutnya, permintaan yang diterima ketika ini melebihi pengeluaran menyebabkannya terpaksa menolak banyak tempahan daripada pembeli dari luar negara.
"Sehingga kini kita hanya mampu membekalkan udang ke Korea Selatan, Jepun, Taiwan, China dan Vietnam dengan jumlah eksport antara 20 dan 40 kontena sebulan.
"Permintaan amat tinggi, terutamanya dari luar negara. Apa yang memeningkan saya adalah untuk memenuhi permintaan tersebut," jelas beliau.

Biar pun memiliki kawasan ternakan udang seluas 365,153 ekar yang jalankan oleh anak syarikatnya iaitu Pegagau Aquaculture Sdn. Bhd. namun ia masih tidak dapat memenuhi permintaan yang semakin meningkat.
Ujarnya, bagi memastikan bekalan sentiasa ada, udang perlu dituai setiap hari. Justeru pihaknya perlu menyusun jadual pelepasan anak benih bagi setiap kolam agar ia menepati masa tuaian dan tempahan yang telah dibuat.

"Kita ada banyak kolam, jadi jika mahu setiap hari ada udang yang dituai, kita perlu masukan benih udang berturutan.
"Jika tidak, udang tidak dapat dituai pada masa yang ditetapkan," kata beliau.
Selain menternak udang harimau, Lim juga melakukan pembenihan udang agar memudahkan pihaknya memperolehi benih.

Jelasnya, benih udang harimau amat sukar untuk diperolehi justeru terpaksa membina sebuah pusat pembenihan sendiri bagi memastikan bekalan anak udang tidak terputus.
Kini, setiap hari antara 16 dan 18 tan udang harimau dituai dan terus dihantar ke kilang pemprosesan sebelum dieksport ke luar negara.

Tambahnya lagi, terdapat sesetengah negara seperti Jepun menempah udang tanpa kepala dan kulit mendorongnya membuka kilang pemprosesan lain untuk tujuan tersebut.
Sisa kulit dan kepala udang boleh diproses untuk dijadikan baja. Namun beliau masih belum memiliki kelengkapan untuk tujuan itu.

Buat masa kini, sisa udang yang tidak digunakan terpaksa dilupuskan begitu sahaja. Tetapi beliau sedang berusaha untuk menyediakan peralatan memproses sisa buangan udang tersebut agar dapat dimanfaatkan.
Produk udang beliau kebanyakannya akan dibekukan sebelum dieksport keluar negara.

Ketika ditanya apakah cabaran terbesar dalam perusahaan menternak udang harimau, beliau menjelaskan, bahawa di dalam perniagaan sentiasa ada untung dan rugi.
Pada tahun lepas beliau telah mengalami kerugian namun pada tahun 2011 perniagaan kembali pulih seperti sedia kala.

Selain itu, cabaran penyakit dan haiwan perosak juga turut mengancam ternakan udang harimau.
Malah cerita Lim lagi, jika udang dijangkiti virus ataupun penyakit, ia akan mati dengan pantas.

Ternakan beliau pernah mati hanya dalam masa satu malam yang menyebabkan kerugian mencecah jutaan ringgit.
Namun, atas sikap tidak berputus asa, beliau terus berusaha untuk bangkit dan kembali berjaya sehingga kini.
Bagi sesiapa yang mahu menceburkan diri dalam bidang ternakan udang harimau, nasihat Ah Chan agar mereka banyak belajar dan jangan meninggi diri.

Katanya, tanpa pengetahuan yang luas berkenaan udang, pasti penternakan serta perniagaan berkenaan udang harimau tersebut tidak akan berjaya.
Beliau sendiri turut melakukan pelbagai rujukan dan banyak mencari maklumat malah sering menerima nasihat sebelum mula menceburkan diri dalam sektor penternakan udang harimau.

DULU HOBI. KINI USAHAWAN..


Hobi merupakan aktiviti rekreasi yang dilakukan pada masa lapang bagi menenangkan fikiran seseorang.
Tujuan hobi adalah untuk memenuhi minat dan mendapat keseronokan, bukan mendapat pulangan.
Terdapat pelbagai jenis hobi seperti mengumpul koleksi, bertukang, membaiki, bersukan dan rekreasi. Ada yang percuma dan ada yang memerlukan belanja.

Misalnya, mengumpul setem adalah percuma jika sekadar mengumpulkan setem terpakai, tetapi ia bertukar menjadi hobi yang memerlukan belanja apabila ia terpaksa membeli setem yang sukar diperoleh secara percuma.
Pelbagai jenis setem yang menarik perlu dibeli, malah setem yang baru terbit harganya mahal.
Memancing pula adalah hobi yang memerlukan belanja, tetapi menghasilkan pulangan.
Kos diperlukan untuk membeli alat pancing utama seperti joran dan umpan, alat pancing sampingan seperti bot, khemah, lampu dan sebagainya.
Pulangannya adalah ikan dan pelbagai hadiah yang disediakan dalam pertandingan memancing.

Antara hobi lain ialah memelihara burung untuk mendengar bunyi, memiliki pokok bonsai, memelihara ikan lohan dan mengumpul barangan hasil laut.
Siapa sangka hidupan laut seperti cengkerang dan terumbu karang yang tersangkut pada pukat nelayan dapat dijadikan hobi sehingga mampu meraih pendapatan lumayan kepada pengumpulnya.
Itulah yang berlaku kepada seorang suri rumah yang bermula dengan minat terhadap hasil laut.

Sehingga kini, Noriza Mustafa, 44, mengumpul lebih 1,000 jenis cengkerang untuk dijadikan perhiasan.
Menurut anak kelahiran Terengganu itu, pada mulanya dia hanya menyimpan terumbu karang dan beberapa jenis cengkerang yang dihadiahkan oleh suaminya sebagai perhiasan.
"Ketika itu, suami, Mohd. Rafi Nyai Mohamed, 48, bekerja sebagai nelayan dan setiap hari dia pasti akan membawa pulang cengkerang yang tersangkut di pukat.
"Saya pula memang suka sebab bentuknya yang unik dengan pelbagai saiz dan mula mengumpul di setiap sudut rumah," katanya kepada Utusan Malaysia di kedainya di Balok di sini, baru-baru ini.
Menurutnya, selepas beberapa tahun mengumpul pelbagai bentuk cengkerang, rumah mereka boleh diibaratkan seperti berada di dasar laut.

"Apabila terlalu lama mengumpul sehingga tiada ruang untuk menyimpannya lagi, saya mula terfikir untuk menjualnya sebagai cenderahati.
"Tambahan pula ketika itu saya membuka gerai menjual keropok dan suami saya juga mempunyai kedainya sendiri di Kuantan," kata ibu kepada lima orang anak itu.
Selepas lima tahun Norizan membuka gerai dengan menjadikan jualan perhiasan dari dasar laut, sambutan yang diterima amat menggalakkan.
Malah, pelanggannya bukan calang-calang orang kerana semakin ramai pelancong asing datang membeli misalnya dari Australia, Jerman dan Singapura.

Menariknya, menurut Norizan, rata-rata pelancong yang datang mahu membeli cengkerang yang asli atau yang tidak diwarnakan seperti dilukis dengan pelbagai corak.
"Pelancong lebih suka rupa bentuk asalnya dan cengkerang yang paling mendapat sambutan ialah cengkerang jenis telinga gajah dan siput angau.
"Pernah sekali saya didatangi pelancong yang sama dari Holland dan dia membawa rakan-rakannya pula untuk membeli," jelasnya yang menjual hasil laut itu dari harga RM5 hingga RM200.

Antara jenis cengkerang yang boleh didapati di gerainya yang diberi nama 'Oh Fatimah' di Sungai Karang di sini ialah siput tudung saji, siput angau, kerang, siput labah-labah, tapak sulaiman, kuda laut dan ikan dhab.
"Kini, saya pula membeli cengkerang daripada nelayan di sekitar Balok kerana suami tidak lagi turun ke laut kerana menguruskan perniagaan ini.

"Daripada mereka membuangnya sahaja selepas terlekat pada pukat, lebih baik saya membelinya sebelum dibersihkan untuk dijual," ujarnya.
Oleh kerana kawasan Balok merupakan penempatan nelayan, tambahnya, dia tidak pernah kehabisan stok.
Kini, Noriza boleh berbangga kerana bermula daripada hobi, dia kini menjadi seorang usahawanita berjaya.

info: www.utusan.com.my

Monday 13 June 2011

10 TIANG KENA TINGGAL

Ni nk story mory ckit ni.. aku ni selalu keluar malam jgk la.. boleh dikatakan hari2. sebab bosan tak tau malam nk buat ape kan.. klw siang memang tau sangat nk buat ape. tak payah cakap.. klw pagi tu pkul 8 baru nak masok mmpi dah kena gegar. aduhh kacau line je..

Haa sambung cerite pasal keluar malam ni.. biase aku lepak kt Restoran Ceria Maju kt Btu Pahat ni.. kwan aku ade bisnes satay kt sana.. tu yg aku slalu dtg tu.. dok2 teman dia.. dok tolong dia.. tolong tengok je.. hehe.. best jgk ah tengok dia meniage satay ni.. rasa macam nk tolong kipaskan je satay tu.. tgk ramai customer yang beli aku macam nk pacak payung jgk je sebelah payung dia tu.. hehe.. juz kidding je.. gler x baik kan aku ni membe nak buat bisnes g kacau tmpat dia..

Ok2 biase aku keluar menghilangkan kesunyian start pkul 9 lbih gtu la.. sembang2 tgk jam dah pkul 12.. huh xperasan cepat betol masa ni..
membe: rilex ah sop malam masih muda
aku     : x boleh ah nnt mak marah..
membe: yelahh anak mak.
aku     : haha.. (padahal nk kena tido awal sebab esok ade kerja.. saje bg alasan emak marah.. haha)

Nih yang cerita pasal kena tinggal 10 tiang ni.. asal balik je mesti aku merempit.. haa nmpk muke suci kan.. tapi kaki rempit (suci ker??).. ok lg 200 meter nk sampai rumah.. start dari situlah aku pulas sampai habis.. vrooommmmmm.. tanpa menoleh ke kiri dan ke kanan aku terus pecuttt.. bile dah sampai depan rumah.. dalam hati aku cakap, huh lega.. haa mesti pelik kan asal aku nk sampai rumah je aku pecut.. sebab dekat2 dengan rumah aku ade KUBUR.. takuttttttt..



Bukan 10 tiang lampu.. 10 tiang batu nisan je.. bak dlm cter hantu kak limah.. haha.. dah la dekat situ gelap giler.. dah malam2 cmgni kenderaan 1 pun xde lalu.. klw ade memang aku follow dia je lah.. klw dia pecut aku pecut.. klw dia slow macam kura2 aku pun slow je laa.. haha.. klw ikotkan hati nk je patah balik tdo rumah member ker.. esok pg je baru balik.. padahal kubur je kan.. bukan nyer ade pape kan.. haha biaselah perasaaan kita je.. tu lah selalu sngt tgk cerita hantu kan..

Di tanah perkuburan itulah jgk mak kandung tersayang aku dikebumikan.. time tu aku kecik lg.. time tadika.. even aku macam x tau pape tp seingat aku time tu aku sedih.. semua aku tgk terkumat kamit mulutnya baca ape tah.. aku hanya bermain di sisi arwah ibuku yg hanya mendiamkan diri.. Allah lebih menyayanginya..



Makkk, saya sayang emak.. kasih syg mak berikan selama 6 tahun tak cukup.. tp nak buat macam mana.. Allah lebih menyayangi mak.. satu hari nanti pasti kte akn berjumpa.. InsyaAllah.. Al-Fatihah....

Now aku sngt bersyukur sebab dapat mak baru yg baik hati.. dua2 aku sayang..

Sunday 12 June 2011

BUMIPUTERA TERKAYA DI MALAYSIA: TAN SRI SYED MOKHTAR AL BUKHARY TAN SRI SYED.

ASSALAMUALAIKUM. saya pasti anda sumua kenal tokoh yang bernama.. Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary Tan Sri Syed.. oleh sebab saya minat dalam bidang perniagaan,, kebanyakkan entry ini akan menceritakan Kisah Jutawan yang mana hidupnya biase2 menjadi luar biasa.. untuk 1st entry ini Kisah Jutawan sy akan kongsikan bersama anda di mana info ini diambil dari www.iluvislam.com seorang jutawan Bumiputera bergelar.....

TAN SRI SYED MOKHTAR AL BUKHARY TAN SRI SYED

-Umur - 59 tahun
-Pendidikan - SPM
-Mula berniaga - 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
-Kekayaan -RM8.84 Billion
-Ke 7 terkaya di Malaysia
-Ke 32 terkaya di Asia

TAN Sri Syed Mokhtar al-Bukhary adalah usahawan yang banyak menderma dan banyak melakukan kerja-kerja amal।

Latar belakang kehidupan

Tan Sri Syed Mokhtar dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada tahun 1951। Keluarganya berasal dari Hadhramaut, Yemen. Sebelum mengambil keputusan menetap di Kedah, bapanya mengembara hingga ke Asia Tengah untuk berniaga. Seterusnya, bapanya ke Thailand. Pada pertengahan tahun 40-an, barulah bapa Tan Sri Syed Mokhtar mengambil keputusan menetap di Alor Setar, Kedah. Pada tahun 1946, bapanya mendirikan rumah tangga.

Tan Sri Syed Mokhtar mempunyai tujuh orang adik beradik dan dia adalah anak yang ketiga। Tan Sri Syed Mokhtar hidup dalam keadaan yang serba kekurangan hinggakan rumah kayunya yang terletak di Kampung Hutan Keriang tidak mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Ini menyebabkan beliau susah hendak menelaah.

Walaupun demikian, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya। Keadaan itu juga mendorong beliau supaya memulakan kelas tuisyen percuma sebagai salah satu program kebajikan di bawah Yayasan al-Bukhary yang ditubuhkannya bagi menyumbang ke arah kebajikan. Kini, seramai 15,000 orang pelajar mendapat faedah daripada program tuisyen itu.

Pendidikan

Tan Sri Syed Mokhtar memulakan persekolahannya di Alor Setar tetapi apabila beliau berusia 9 tahun, beliau dihantar tinggal bersama-sama dengan bapa saudaranya, Syed Omar di Johor Bahru। Beliau berada di situ dari darjah empat hinggalah ke tingkatan dua. Tan Sri Syed Mokhtar kemudiannya kembali ke kampung halamannya di Alor Setar dan menyambung persekolahannya hingga ke tingkatan lima di Sekolah Saint Micheal's.

Sebenarnya, Tan Sri Syed Mokhtar bukanlah orang yang berpendidikan tinggi। Beliau tidak pernah belajar hingga ke peringkat universiti. Namun, ini tidak bermakna beliau seorang yang tidak berilmu. Kebanyakan ilmunya diperoleh melalui pengalaman secara langsung apabila beliau bergiat dalam dunia perniagaan sejak kecil lagi.

Membantu keluarga

Disebabkan keadaan keluarganya yang kurang berkemampuan, Tan Sri Syed Mokhtar membantu ibunya menanam sayur-sayuran bagi menampung pendapatan keluarga। Mereka menjualnya di pasar di Jalan Telok Wan Jah. Beliau juga menjual roti canai di pasar yang sama.

Semasa waktu rehat di sekolah pula, ayahnya akan menemuinya di sekolah dan memintanya membuat simpan kira। Selepas waktu sekolah, Tan Sri Syed Mokhtar membantu menggembala haiwan peliharaan bapanya di pusat kuarantin berdekatan dengan stesen kereta api Alor Setar. Beliau banyak menimba ilmu dan pengalaman semasa melakukan kerja-kerja itu.

Mula berniaga

Pada tahun 1970-an, perniagaan binatang ternakan bapanya mengalami kemerosotan ekoran tercetusnya wabak kaki dan mulut। Wabak itu merebak ke seluruh Selatan Thailand, Kedah dan Perlis. Semua binatang ternakannya mati begitu sahaja. Sejak itu, Tan Sri Syed Mokhtar mengambil alih perniagaan bapanya dan membuat keputusan untuk tidak lagi melibatkan diri dalam bidang penternakan. Beliau mula menjual daging secara kecil-kecilan.

Sebenarnya, Beliau pergi dari pekan ke pekan di sekitar Alor Setar bagi membeli daging yang tidak terjual। Beliau kemudiannya membungkus daging itu bersama ais dan menjualnya kembali kepada peniaga Bumiputera dan restoran-restoran di sekitar Alor Setar. Beliau berjaya dalam perniagaan itu. Kejayaan itu menambahkan keyakinan beliau bagi memajukan diri dalam dunia perniagaan.

Daripada perniagaan menjual daging, beliau beralih pula kepada perniagaan pengangkutan। Pada tahun 1972, beliau berjaya mendapat permit bagi empat buah lori Kelas A. Beliau mendapat bantuan pinjaman sebanyak RM110,000 daripada pihak MARA yang digunakannya bagi membeli dua buah lori Mercedes 911LS.

Sebenarnya, seorang peniaga Cina menawarkan sejumlah wang bagi baki dua permit yang tidak digunakannya। Tan Sri Syed Mokhtar enggan dan menyerahkan permit itu kembali kepada MARA. Selepas membeli dua buah lori itu, Tan Sri Syed membuka syarikat pengangkutan yang dinamakan Syarikat Pengangkutan Sentosa dan melantik kerani Cina sebagai pengurus syarikatnya itu.

Tan Sri Syed Mokhtar menggunakan lori-lorinya bagi memulakan perniagaan beras। Syarikat Kenderaan Sentosa masih wujud sehingga ke hari ini dan memiliki lebih daripada 40 buah lori.

Menubuhkan syarikat

Pada tahun 1974, Tan Sri Syed Mokhtar membeli rumah kedainya yang pertama di Jalan Telok Wan Jah di bawah perjanjian sewa beli dengan UDA atau Perbadanan Kemajuan Bandar।

Seterusnya, pada tahun 1975, beliau menubuhkan Syarikat Shah dan memohon lesen perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara yang kini dikenali sebagai Bernas। Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Dia berjaya mendapat kontrak bagi membekalkan beras ke pihak FELDA, MARA Senama, Pernas Edar dan juga Sergam Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor.

Selepas berjaya dengan Syarikat Shah, beliau menubuhkan syarikat usaha sama dengan dua orang peniaga Cina, iaitu Ng Ghiak Gee dan Chua Chong Tan। Ghiak Gee adalah pedagang beras manakala Chong Tan pula pengilang beras.

Dalam syarikat usaha sama itu, Tan Sri Syed Mokhtar memegang 52 peratus kepentingan manakala Ghiak Gee dan Chong Tan masing-masing 32 peratus dan 16 peratus। Perniagaan usaha sama yang diberi nama Bukhary Sdn. Bhd. itu memulakan operasinya pada 15 Julai 1976, di pejabatnya di Jalan Telok Wan Jah.

Perniagaan terus berkembang

Daripada beras, beliau kemudiannya mengembangkan perniagaannya kepada komoditi lain, iaitu gula। Ini masih dijalankan sehingga ke hari ini melalui Bukhary Sdn. Bhd. Pendapatan tahunan Bukhary Sdn. Bhd. kini mencecah RM250 juta.

Setahun selepas Bukhary Sdn। Bhd. memulakan operasinya, beliau menubuhkan Bukhary (KL) Sdn. Bhd. pada tahun 1977. Syarikat itu ditubuhkan khas bagi mendapatkan kontrak kerajaan yang pada masa itu banyak ditawarkan kepada usahawan Bumiputera. Operasi Bukhary (KL) Sdn. Bhd. dijalankan di rumah kedai empat tingkat di Jalan Pahang yang juga dibeli melalui perjanjian sewa beli dengan UDA. Usahanya membuahkan hasil lagi.

Tan Sri Syed Mokhtar diberikan kontrak bagi membekalkan beras, teh, tepung coklat, tepung susu dan juga minyak sapi kepada kerajaan। Bahagian bawah pejabatnya diubah suai menjadi pusat pembungkusan.

Apabila beliau mendapat kontrak pembekalan itu, Tan Sri Syed Mokhtar menubuhkan Susu Mas Sdn। Bhd. pada tahun 1979. Syarikat itu juga adalah syarikat usaha sama di antara dirinya yang memegang 51 peratus kepentingan dengan New Zealand Milk Products yang memegang saham selebihnya. Produk Susu Mas Sdn. Bhd. dipasarkan di bawah jenama Fernleaf dan Anchor.

Pada pertengahan tahun 80-an, Tan Sri Syed Mokhtar menjual kepentingannya dalam Susu Mas Sdn। Bhd. ekoran kemelesetan ekonomi.

Pada tahun 1978, beliau dijemput menyertai delegasi perdagangan ke Ekso Perdagangan Canton, China। Semasa berada di China, Tan Sri Syed Mokhtar menjalankan sistem barter, iaitu menukarkan kokonya dengan teh dari China. Cuma bezanya sistem barter zaman sekarang dijalankan secara besar-besaran atau pukal. Contohnya, menukarkan 1 tan minyak sawit dengan 1 tan minyak mentah.

Perniagaan pakaian

Selepas mengembangkan perniagaannya bermula daripada bidang komoditi ke pengangkutan, pembungkusan dan barter, beliau kemudiannya melangkah kepada sektor pembuatan। Ini ekoran kejayaannya mendapat kontrak membuat pakaian seragam tentera bagi pihak Kementerian Pertahanan. Kontrak itu adalah bagi membekalkan pihak tentera dengan 120,000 pasang kasut dan 330,000 pasang pakaian seragam. Apabila berjaya mendapat kontrak itu, beliau mula mencari pembekal. Pada mulanya, beliau membeli secara terus daripada pengilang.

Selepas membeli daripada pengilang, beliau kemudiannya membuat keputusan menubuhkan dua buah syarikat, iaitu Amtek Holdings bagi mengeluarkan kasut dan Oriental Garments Uniform Division bagi mengeluarkan pakaian। Oriental Garments Uniform Division adalah syarikat usaha sama dengan Oriental Garment yang berpusat di Seberang Prai.

Apabila Amtek Holdings disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur pada tahun 1998, beliau menggunakan wang penyenaraian yang diperolehnya bagi membeli Spark Manshop dan hak bagi mengeluarkan dan memasarkan pakaian berjenama Crocodile। Kini, anak syarikat Amtek Holdings mengeluarkan kasut tentera (Amtek Shoes) dan pakaian berjenama Lee Coopers dan Lois (Amtek Garments Sdn. Bhd.) bagi pasaran eksport.

Perniagaan perkapalan

Tidak cukup dengan perniagaan pakaian, beliau juga bergiat dalam perniagaan perkapalan। Beliau menubuhkan Bukhari Shipping dan mendaftarkannya dengan pihak Perbendaharaan. Bukhari Shipping bertindak sebagai broker kapal di bawah polisi CABOTAGE. Melalui Bukhari Shipping, Tan Sri Syed Mokhtar membeli sebuah kapal buatan Jerman yang berusia 28 tahun pada harga USD1 juta.

Kapal yang diberi nama Angsa Mas itu digunakan bagi mengangkut beras dari Thailand ke Sabah dan Sarawak। Walau bagaimanapun, perniagaan itu mengalami kerugian yang menyebabkan beliau terpaksa menjual kapalnya pada harga USD600,000, iaitu rugi sebanyak USD400,000 (USD1 juta - USD600,000).

Pada masa yang sama, beliau mula mem*sensored*tkan diri dalam sektor pembangunan hartanah। Beliau membeli beberapa bidang tanah di Alor Setar dan memulakan beberapa projek perumahan di bawah syarikat Bukhary Development.

Penglibatan dalam projek penswastaan

Beliau terlibat dalam projek penswastaan Johor Port Sdn। Bhd. dan Johor Tenggara Oil Palm Sdn.Bhd. Beliau membeli Johor Port melalui tender pada harga RM330 juta. Johor Tenggara Oil Palm Sdn. Bhd. pula dibelinya pada harga RM135 juta. Melalui Johor Port Sdn. Bhd., beliau menjayakan projek Pelabuhan Tanjung Pelepas.

Kini, Pelabuhan Tanjung Pelepas semakin maju hingga mereka berjaya meyakinkan dua buah syarikat perkapalan antarabangsa, iaitu Maersk Sealand dari Denmark dan Evergreen Marine dari Taiwan supaya berpindah dari Pelabuhan Singapura ke Pelabuhan Tanjung Pelepas।

Projek penswastaan ketiganya adalah penswastaan air yang mana beliau menubuhkan Equiventure Sdn। Bhd., iaitu syarikat usaha sama di antara syarikatnya, Kembangan Dinamik dan Pilecon Bhd. serta syarikat Perancis, Oneo. Pegangan Kembangan Dinamik dalam syarikat itu adalah sebanyak 49 peratus.

Kepentingan

Beliau membeli MMC Corporation, iaitu syarikat kejuruteraan pada harga RM3 sesaham daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB)। Tan Sri Syed Mokhtar juga memiliki 22.7 peratus pegangan dalam Malakoff Berhad, iaitu syarikat pembekalan elektrik dan 20 peratus pegangan dalam IJM Corporation Berhad di mana perniagaan utamanya adalah pembuatan.

Selain itu, beliau memiliki 18 peratus pegangan dalam Bernas yang terlibat dalam perdagangan beras dan 32 peratus pegangan dalam Pernas International Holdings Berhad, iaitu konglomerat yang terlibat dalam banyak sektor perniagaan। Manakala 18।7 peratus pegangan dalam Fiamma Holdings Berhad, syarikat pemasaran dan pengedaran barangan elektronik serta 100 peratus kepentingan dalam MPH, iaitu syarikat peruncitan dan pengedaran buku.



Objektif penubuhan Yayasan al-Bukhary

Yayasan al-Bukhary ditubuhkan pada Mac 1996 sebagai badan kebajikan yang berperanan membantu golongan miskin, menyokong perkembangan seni dan budaya Islam dan juga menggalakkan persefahaman antara peradaban। Antara objektif utama Yayasan al-Bukhary adalah menggalakkan persaudaraan sesama Islam. Yayasan ini terdiri daripada dua buah bahagian. Satu bahagian menjalankan kerja-kerja kebajikan manakala satu bahagian lagi menguruskan penyaluran dana daripada setiap syarikat yang mana Tan Sri Syed Mokhtar ada kepentingan di dalamnya.

Sehingga kini, Yayasan al-Bukhary membelanjakan lebih RM300 juta bagi aktiviti keagamaan, kebudayaan dan pendidikan। Selain itu juga, Yayasan al-Bukhary hanya membiayai pelajar miskin. Antara inisiatif yang dilakukan adalah membiayai pelajar Muslim miskin dari serata ASEAN supaya belajar di Malaysia.

Projek-projek utama Yayasan al-Bukhary

Antara projek terbesar yang sedang dijalankan adalah pembinaan Kompleks al-Bukhary yang bernilai RM400 juta di Kedah yang dijangka siap pada akhir tahun 2004। Kompleks itu kelak memainkan peranan sebagai kompleks yang lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti masjid, pusat perubatan, pusat komuniti, rumah anak yatim, akademi khas bagi warga tua dan pusat pengajian tinggi.

Antara projek besar yang disiapkan adalah Muzium Kesenian Islam Malaysia di Kuala Lumpur yang bernilai RM100 juta। Muzium empat tingkat itu adalah muzium pertama di rantau Asia Pasifik yang memaparkan hasil seni Islam. Yayasan al-Bukhary juga membina 12 buah masjid di serata negara.Sumbangan dalam bidang pendidikan

Pada tahun 2000, Yayasan al-Bukhary mendermakan sejumlah RM7।75 juta kepada Oxford Centre for Islamic Studies, iaitu pusat pengajian Islam yang terkenal di serata dunia. Yayasan al-Bukhary juga kini sedang membantu Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) dalam projek bagi mengasaskan Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST) di Sungai Petani, Kedah.

Selain itu, Yayasan al-Bukhary juga sering mengadakan dialog peradaban bagi menggalakkan toleransi dan persefahaman antara masyarakat berbilang agama dan kepercayaan।

Penglibatan Yayasan al-Bukhary dalam projek yang dimulakan oleh bukan Islam juga terserlah। Walaupun Yayasan al-Bukhary lebih menekankan kepada projek kebajikan yang bercirikan Islam, ia tetap menyumbang kepada projek yang dijalankan oleh organisasi bukan Islam. Contohnya, Yayasan al-Bukhary menyumbang sebanyak RM satu juta bagi Projek Langkawi, iaitu projek yang dimulakan oleh MCA bagi mengumpul dana bagi menjalankan projek pendidikan di luar bandar dan juga memberi biasiswa kepada para pelajar yang kurang mampu.



Thursday 9 June 2011

ENTAH APE2 LAH HEADER AKU BUAT NI

ASSALAMUALAIKUM

haa cantik tak header aku buat..
(padahal tak cantik pown kan)
saje je nak perasann....
before aku buat blog ni aku dah planning dulu da nak buat header tu..
semenjak dua tiga empat menjak sejak dah tau guna cikit adobe photoshop cs3 ni macam-macam ah yg aku nk buat.. for example mcm header tu.. even tak lawa tapi korang terpaksa tengok je la.. hehe

haa tengok nih aku punya sketch.. haha..

haha gler burok kan aku pnya tulisan..
al-maklumlah dah lame tak menulis..
ok2 tak boleh lama2 esok nk bangun pagi petik cili..

THANKS FOR READING..